Nurture Birth

Bersalin Mudah & Selamat

Apa itu Nurture Birth?

Nurture Birth adalah program bimbingan yang membatu mommies untuk bersalin dengan mudah & selamat. Program ini akan dibimbing oleh Dr Lily Fariza Karim, seorang Doktor Pakar Sakit Puan & Perbidanan yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kehamilan & kelahiran dan beliau juga adalah penasihat hipnoterapi bertauliah. Program kami menggunakan formula kaedah kelahiran yang ‘gentle’ dan holistik, yang menggabungkan dan selarikan aspek minda, jiwa dan jasad, untuk mengurangkan trauma dan komplikasi serta membantu pemulihan yang cepat.

Kenapa anda perlu sertai program Nurture Birth?

Persediaan lengkap – fizikal, mental, emosi dan juga spiritual

Mommies akan dibimbing untuk mempersiapkan diri secara holistik—bukan sahaja dari segi fizikal melalui pemakanan, senaman dan penjagaan diri, tetapi juga dari segi mental untuk mengurus tekanan dan membina keyakinan diri, emosi untuk lebih tenang dan stabil sepanjang kehamilan, serta spiritual bagi mengekalkan keseimbangan dan ketenangan hati. Dengan pendekatan menyeluruh ini, Mommies bukan sahaja menjadi lebih bersedia dan yakin, tetapi juga dapat menyokong perkembangan bayi yang sihat, cerdas dan berkualiti sejak dalam kandungan.

Sokongan dan panduan pada setiap fasa kehamilan dan fasa kelahiran

Mommies dan pasangan yang sibuk dan kepenatan sering menghadapi cabaran untuk memastikan aktiviti sepanjang kehamilan dan proses kelahiran berjalan dengan berkualiti dan tersusun. Tambahan pula, mencari maklumat di internet kadang-kadang mengelirukan kerana sukar untuk menilai sama ada ia sahih atau tidak. Melalui program ini, kami membantu Mommies dan pasangan menyusun pengisian yang menyeluruh dan holistik, menyediakan panduan yang tepat dan praktikal, supaya setiap langkah kehamilan dan persediaan kelahiran lebih teratur, bermakna, dan memberi manfaat optimum kepada ibu dan bayi.

Kurangkan risiko semasa kehamilan dan kelahiran

Kes-kes kelahiran secara Caesarean semakin meningkat, begitu juga risiko trauma semasa kelahiran seperti komplikasi akibat penggunaan forcep atau vacuum. Melalui program ini, Mommies dan pasangan dibimbing untuk menyusun dan mengamalkan habits yang betul bagi mengurangkan risiko komplikasi dan trauma. Selain itu, Mommies juga akan didedahkan dengan cabaran-cabaran yang mungkin berlaku semasa kehamilan dan kelahiran, supaya langkah pencegahan boleh diambil sejak awal kehamilan.

Penerapan nilai-nilai Islamik

Tempoh 9 bulan kehamilan adalah waktu yang sangat penting untuk menanam nilai-nilai dan asas peribadi yang holistik dalam diri Mommies, sekaligus memberi kesan positif kepada perkembangan bayi dalam kandungan. Pada masa yang sama, ia membantu Mommies dan pasangan membentuk diri menjadi ibu bapa yang lebih berkualiti, bersedia dari segi fizikal, mental, emosi dan spiritual untuk menyambut kelahiran.

Ilmu bimbingan teori dan juga praktikal

Program Nurture Birth kami bukan sekadar menyampaikan ‘APA’ ilmu yang perlu diketahui, tetapi juga menekankan ‘BAGAIMANA’ untuk mengamalkan ilmu tersebut dalam kehidupan seharian dan menjiwainya, supaya ia memberi kesan sebenar kepada Mommies, pasangan, dan juga bayi yang bakal dilahirkan.

Bersalin mudah & selamat dengan teknik yang betul

Sebenarnya, Mommies dan pasangan akan dibimbing untuk menyelaraskan minda, jiwa, dan jasad, termasuk koordinasi pernafasan serta otot-otot yang terlibat. Pendekatan ini secara holistik menjadikan pengalaman bersalin lebih lancar, mudah, dan menyeronokkan.

Apa yang akan dapat dalam program Nurture Birth?

✅ Modul program yang direka khas oleh Doktor Pakar Perbidanan & Sakit Puan & juga penasihat hipnoterapi

✅ Birth Plan (rancang & rangka langkah-langkah untuk melalui proses bersalin yang diidamkan)

✅ Sesi bimbingan interaktif secara bersemuka

✅ Sesi bimbingan kumpulan kecil eksklusif untuk perhatian maksimum

✅ Penglibatan bapa dalam program dan juga aktiviti

✅ Workbook untuk catatan mudah & ringkas

✅ Goodies menarik untuk dibawa pulang

Program Nurture Birth Julai 2025 kolaborasi bersama Mamariam

Client Testimonial

Kelas bersama Dr Lily sangat membantu utk persiapan menanti kelahiran. banyak saya belajar lebih-lebih lagi tentang “birth plan” which is perjalanan yg kita sendiri wish to happen dan yakin dgn kuasa Allah akan terjadi. Dr.Lily banyak membantu dari segi persiapan spiritual, mental, emosi & fizikal. Dr.Lily banyak menekankan bab-bab membentuk peribadi diri & bayi yg dikandung, bukan sahaja bekalan menghadapi kelahiran, malah dpt menjadi bekalan menuju akhirat.

Mazalina

Client Testimonial

Sebelum ni apa sahaja ilmu berkaitan pergnancy saya memang excited la nak tau. Tapi, dalam kelas Dr. Lily ni memang lain daripada yang lain. Ada banyak teknik baru yang saya belajar. Part yang paling saya suka part muwafasat tarbiah.

Noratikah Roslan

Siri Program Nurture Birth

Soalan Lazim

Bila waktu yang sesuai untuk sertai program Nurture Birth?

Kami sarankan untuk sertai program Nurture Birth seawal kehamilan supaya mommies dapat membuat persediaan lebih awal secara menyeluruh sepanjang fasa kehamilan.

Apa beza program Nurture Birth ni dengan kelas Antenatal lain di luar sana?

Nurture Birth memberi fokus menyeluruh — bukan sekadar teori, tetapi juga latihan praktikal, sokongan emosi, peranan pasangan, serta persediaan minda dan tubuh dari seawal proses kehamilan untuk pengalaman bersalin yang lebih tenang, mudah dan selamat.

Adakah program Nurture Birth ini sesuai untuk kehamilan kedua atau ketiga?

Program kami sesuai untuk semua mommies, sama ada kali pertama atau sudah pernah bersalin kerana setiap proses kehamilan dan proses bersalin adalah unik dan berbeza.

Berapa lama program Nurture Birth berlangsung untuk setiap sesi?

Siri 1 atau Siri 2 akan berlansung selama 3 jam. Tambahan 30 minit bagi peserta yang memilih Sesi Bonus.

Adakah suami boleh turut serta semasa program Nurture Birth?

Ya! Kami sangat menggalakkan penyertaan suami kerana mereka mempunyai peranan yang besar dalam menyokong mommies secara praktikal dan emosi.

Adakah program Nurture Birth ini diadakan secara fizikal sahaja atau ada pilihan online?

Program Nurture Birth hanya diadakan secara fizikal sahaja kerana terdapat sesi praktikal, bukan sekadar teori.

Bagaimana untuk dapatkan harga promosi Early Bird?

Harga promosi Early Bird akan berakhir 1 bulan sebelum tarikh program. Daftar awal untuk memastikan anda mendapat harga istimewa ini.

I’m pregnant

Fundamental for Mindful and Meaningful Journey

Comprehensive lessons for mommies to become more proactive for their own and their baby’s well-being

I’m Blessed

Mindful Care & Nurturing Bright Future Baby

The guidance focuses on baby development and maternal care to ensure mommies will have a wonderful and joyous experience of pregnancy

I’m Ready

Holistic Preparation & Mindful Birthing

Having complete secrets to make your labour easier and painless

I’m Calm & Comfort

Well Managed And Joyful Confinement

Preparation with the knowledge and skill by having wonderful confinement care to ensure full recovery after birth

I Care & I Love You

Infant Care and Safety for New Life

The education and complete guidance of newborn care in preparation to make your baby become the fabulous one

I’m Honoured

Continuous Breastfeeding for Nurturing Future

Complete knowledge of the right breastfeeding techniques to ensure mommies have a fulfilling and rewarding breastfeeding journey