Rahim jatuh atau prolapse rahim adalah keadaan di mana rahim turun dari kedudukan asalnya ke dalam atau keluar dari vagina. Ia berlaku apabila otot dan tisu penyokong di pelvis menjadi lemah, sehingga tidak dapat menahan rahim di tempatnya.
Apa punca rahim jatuh?
✅Proses bersalin. Terutama bersalin secara normal dengan bayi besar atau kelahiran berulang, otot lantai pelvis dan tisu penyokong mengalami regangan yang ketara, meningkatkan risiko otot menjadi lemah atau longgar.
✅ Faktor penuaan. Semakin usia meningkat, otot dan tisu penyokong pelvis secara semula jadi boleh kehilangan keanjalan dan kekuatan, menjadikan tubuh lebih terdedah kepada masalah seperti rahim jatuh atau terkucil.
✅ Tekanan kronik pada pelvis. Aktiviti yang memberi tekanan berterusan seperti batuk berkepanjangan, sembelit, atau mengangkat benda berat boleh melemahkan otot lantai pelvis dari masa ke masa.
✅ Perubahan hormon. Selepas menopause, kekurangan hormon estrogen boleh melemahkan otot dan tisu penyokong pelvis, meningkatkan risiko prolaps atau masalah kencing tidak terkawal.
✅Keturunan atau genetik. Sesetengah wanita lebih cenderung mengalami kelemahan otot pelvis dan masalah prolaps kerana faktor genetik yang diwarisi, menjadikan mereka lebih berisiko.
✅ Obesiti. Wanita yang berlebihan berat badan atau obesiti juga berisiko tinggi mempunyai masalah ini.
Tanda-tanda rahim jatuh
Ramai wanita yang mengalami prolaps rahim tidak menunjukkan simptom. Tetapi jika ada simptom, ia mungkin termasuk:
-
Rasa berat atau tekanan di bahagian bawah pelvis atau faraj
-
Rasa ada benjolan, rasa atau nampak seperti ada sesuatu yang turun
-
Sukar kawal kencing atau terkucil tanpa sengaja, kerap kencing, atau rasa tidak puas buang air kecil
-
Kadang-kadang rasa sembelit atau sukar membuang air besar
-
Rasa sakit atau tidak selesa ketika melakukan hubungan seksual
-
Sakit atau lenguh di bahagian belakang yang berpanjangan terutama apabila berdiri lama atau berjalan
-
Jangkitan pundi kencing yang berulang
- Rasa sakit pada bahagian bukaan faraj
Apa risiko yang berlaku jika tidak dirawat?
Walaupun prolaps rahim bukan keadaan yang mengancam nyawa, gejalanya boleh menjadi semakin teruk dari masa ke masa, menyebabkan tekanan pada pelvis, ketidakselesaan serta gangguan pada fungsi kencing dan usus.
Hidup dengan prolaps juga boleh memberi kesan kepada emosi—menyebabkan kebimbangan, kemurungan dan penurunan kualiti hidup akibat kesakitan serta kerisauan tentang fungsi seksual atau imej tubuh. Dalam kes yang lebih serius, membiarkan prolaps tanpa rawatan boleh menyukarkan pilihan pembedahan di kemudian hari sekiranya pembedahan diperlukan.
Rawatan rahim jatuh
Jika anda mengalami tanda-tanda prolaps rahim, dapatkan nasihat doktor kami. Di Lil Fierra kami menawarkan rawatan BIOFESS Pelvic Tightening untuk menguatkan kembali otot pelvis yang lemah yang sering menjadi punca kepada masalah rahim jatuh.
Kami menggunakan teknologi stimulasi elektrik lembut untuk ‘firm up’ otot pelvis, meningkatkan kekuatan dan ketahanannya, sekali gus membantu menyokong rahim dengan lebih baik. Tidak sakit, tiada downtime dan terbukti keberkesanannya.
Hubungi kami untuk membuat janji temu jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan. Rawatan kami disesuaikan mengikut keperluan anda.
By
Dr. Lily Fariza Karim
O&G Specialist